Khamis, 24 November 2011

Suatu Detik

Suatu detik,
Kita pernah bersama mengharungi
Erti kehidupan
Disebalik nama kitaran hidup ini

Detik itu,
Saat itu,
Datang menjelma buat seketika
Datang menyengah kehidupan ini
Buat sekelip mata
Tanpa sedari dek akal yang terbatas
Pengetahuan yang cetek
Tetapi detik itulah
yang sentiasa dinanti-nantikan oleh kita
oleh hati ini

Hargailah detik itu,
Detik kehidupan ini
Sebelum kematian menjelma
Kerna detik itu takkan mungkin berulang

Kita melalui detik itu,
Suatu proses yang dalam sebuah pencarian,
Dalam mencari makna hidup,
Dalam erti disebalik penagabdian hidup
Pada Sang Pencipta

Percayalah,
Detik itu pasti tersemat
Di sanubari setiap yang bernyawa,
Hingga Pengakhiran Dalam
Sebuah Kehidupan

25 November 2011
Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan